Monday, April 18, 2016

Social Media? Check Your Facts Before You Share

Assalamualaikum and good day everyone. Yeay, another free time for me to actually write something here. Saya ni memang suka bercerita jadi banyak lah cerita sebenarnya nak share cuma malas nak menulis. Today I want to share a story pasal social media. Yes what a cliché topic for me to write tapi saya makin risau dengan kebebasan tanpa batasan disosial media ni.  I will write a several post regarding this topic. In this post, I will be talking about the act of sharing news yang tak sahih and viral things that you’re not sure of for the sake of tak nak ketinggalan.

Like seriously, macam-macam perkara boleh jadi tau kalua kita main nak share je benda-benda yang kita baca kat social media. Lately, selalu sangat saya nampak post-post tentang berita-berita yang serious seperti kematian dan tuduhan berat which at the end benda tu sebenarnya tak betul pun. For example, celebrity death hoax. Awie berapa kali dah diisytihar meninggal dunia dalam post-post yang dikongsi dalam Facebook. Fake account, recently ada fake account DSV yang kononnya nak bagi hadiah pada yang share post dia. Unverified news, berita-berita yang dikongsi dari website yang tak certified or sahih. Contoh status halal sesuatu produk, kecoh bila mee segera keluaran Korea dikatakan tidak halal dan akhirnya syarikat pengeluar produk tersebut dan jabatan halal korea or something confirmed kan yang mee segera tu adalah halal.
Viral, it’s a good thing untuk viralkan benda-benda yang mendatangkan faedah tapi untuk viralkan benda-benda yang memalukan orang, fitnah or anything yang negative? It’s a no no. Imagine, people took a photo of you dan viralkan dengan captions yang sangat negative? How would it affect you? Kalau anda berniaga, kebetulan lalat terjatuh dalam lauk yang anda jual dan pelanggan ambil gambar lauk anda yang ada lalat tu dan viralkan? It’s only a onetime thing and rezeki anda tertutup disebabkan orang ramai fikir kedai anda memang kotor. What if you were asking your mom to hold your bags while you’re searching for your parking ticket and a stranger took a photo of you and said that you treat your own mother like a servant? What if someone took a picture of a boy who was wearing a tudung and captioned it with something like ‘Pondan Insaf’ when actually that boy was practicing a role he’s about to perform later?

There are actually real stories behind everything we saw or read on social media. Never be too quick to judge and share things you are not sure whether it is true or not. I’ve been there, I misjudged people and people misjudged me. I dyed my hair, wear nose ring and wear tight clothes. That’s how I present myself to the social media world and the real world too. So people expect me to do drugs, to drink, to sleep around with dozens of people and lots of other things that people would usually associate with those who looked like me. When I told them I’m nothing like that, they were surprised. The thing is with social media, you can never get the stories or the facts right. Rajin-rajin bertanya kepada sumber or better, don’t even share benda-benda yang kita tak tahu sahih nya. Last-last diri sendiri dapat dosa sebar fitnah, tutup rezeki orang or mengaibkan orang kan?

So apa pandangan anda semua?


P/S: Please stop share gambar-gambar mangsa kemalangan yang cedera mahupun meninggal tanpa menutup wajah mangsa. Kasihani lah keluarga mangsa.

Monday, February 15, 2016

Usaha dan serahkan selebihnya pada Tuhan

Assalamualaikum semua, Oh Dear! Dah masuk bulan February dah pun kan. I’ve been missing my blog like crazy. Rindu nak membebel kat sini, tapi apa kan daya….malas menguasai diri. I do have plenty of free time to actually write something but I prefer sleeping. Sejak2 kerja balik malam ni kan, so every weekends je mesti koma. Now tengah kelapangan ni kan, so why not? For this post, I want to talk about the beauty of how Allah s.w.t menyusun hidup saya. Well semenjak dua menjak ni, selalu terbaca fasal graduan tak dapat tempat di dunia pekerjaan dan memilih kerja la apa semua tu kan. First of all, yes I do agree that memilih kerja tu tak salah, tapi jangan lah terlalu memilih. The logic of memilih kerja is the sacrifice made untuk seorang graduan mendapatkan segulung ijazah. For me personally, syukur juga lah dapat masuk UiTM sebab yuran murah. Even murah2 pun, pinjaman ptptn diploma campur degree adalah dalam 20k plus. Ini baru saya yang belajar UiTM, bagi graduan lain yang belajar di IPTA/IPTS lain yang yuran ada mencecah 100k plus? Tak kan nak kerja dengan gaji tak RM1500 sebulan? Bayar hutang pendidikan lain, nak survive sebulan lain, nak bayar sewa rumah lain, nak bagi duit belanja kat parents lain. So cukup ke gaji sebagai buruh kasar or RM1500 tadi tu? Memang tak cukup, tapi kita sebagai manusia ni pun jangan nak cari alasan je. Sebab saya pun berfikiran macam tu when I finished my Degree back in July 2015, some of my friends dapat offer kerja from the company yang diorang intern dulu and gaji 2.3-2.5k sebulan. Itu memang rezeki diorang. Since my passion is in the fashion field, so my goal was to set foot into any fashion related company, but sadly I wasn’t getting any offer. That doesn’t break me because I know I need to work to survive, so I just applied any job I saw on jobstreet. Finally I landed my first interview and the only interview I think. I applied for Subtitle Editor with i-Yuno Media Malaysia and went for the interview, after 3 weeks they called me and said they actually wanted to hire a female for that position. I was sad but they said they have an opening for project assistant and asked me if I was interested in that position? The pay was lower than subtitle editor but I don’t really care as long as I got a job and I’m okay with that. Biar lah gaji tak banyak pun. So I accepted the offer with only RM1.8k a month, living in KL dengan sewa rumah RM400, makan minum lagi? Duit belanja mak lagi? Hutang ptptn lagi? Diakui lah first gaji tu memang macam2 godaan sebab dah lama tak pegang duit kan, but I have to set my priority straight. Dulukan mana yang patut, still walaupun dah kerja, ada juga lah hari2 yang kesempitan. Syukur lah ada kawan2 dan adik-beradik yang masih sudi membantu. Cabaran bekerja tu sangat lah berat sampai ada satu tahap tu rasa nak give up and cari kerja lain. Imagine doing the work yang kita tak berapa nak minat dan pressure dari beban kerja and orang2 yang tak patut? Kena maki jerit depan orang ramai tu dah jadi rutin tiap kali datang kerja. But I know I can do this, Allah s.w.t put me in this situation because Dia tahu aku mampu. Selalu je datang kerja menipu diri sendiri and orang sekeliling about how awesome my job is. I told my friends that I have an awesome job where I can watch tons of tv series since we’re doing subtitling, tapi hakikatnya? Tuhan je yang tahu betapa penat nya dan sibuknya diri ini. Nampak pula subtitle editor buat kerja sambal gelak ketawa sebab diorang sebenarnya yang dapat tengok all the series sebabnya diorang yang edit the subtitle while watching the series. Sedangkan diri ini hanya lah menghantar file2 yang telah diedit kepada client, update jadual kerja orang, create project untuk translator buat translation. Kerja memang banyak dan pelbagai sampaikan tak mampu otak ni nak ingat semua benda. Gaji pulak 1.8k je nak dibandingkan dengan subtitle editor 2.5k yang edit series sambal gelak ketawa or menangis (depends on what series they’re editing). Memang rasa tak adil lah kan. I have to do lots of things while editors hanya edit je. But its okay, as long as I’m getting paid, kisah lah kerja macam orang gila pun. Tapi Allah s.w.t tu maha mengatur dan mengetahui, dua bulan bekerja, I got promoted to be the project coordinator, I was surprised when I was given the news. Syukur sangat masa tu, tuhan je yang tahu. Tapi I have to continue another 3 months’ probation, so dijangkakan akan jadi permanent staff early April macam tu. The pay was beyond my expectation and some of my friends said it is actually quite high for a fresh grad. What can I say?

God knows best. Apa yang paling best was, earlier this month, I got my confirmation letter. Just when I thought about finding another job, God gave me this good news. No more waiting to be confirmed until April, I’m now a legit worker working in KL earning my Ringgit to support my mom and live my life to achieve my goals. So guys, the moral of this post is, never give up, don’t be so choosy and try your best to make the best of what God has given you. I can say that I’m so thankful for everything. Tak tahu lah apa yang saya tengah buat sekarang kalau saya tolak jawatan project assistant tu dengan mindset saya yang mengatakan bahawa RM1800 tu sangat sikit untuk saya survive di Kuala Lumpur.